0
Your Cart

FAQ

Korang ada soalan? Cuba cari dekat bawah. Kalau takde, boleh terus contact kami untuk bantuan. Klik sini >> BANTUAN SUPPORT<<

ORDER & PENGHANTARAN

Buat masa ni kami hanya beroperasi online. Tapi korang boleh Self-Pickup jika korang berdekatan dengan area Setapak. Boleh rujuk pada produk description untuk location Self-Pickup

Pilih produk yang korang nak, tekan “Add to Cart”, proceed Check-out. Pastu isi je maklumat penghantaran dan buat bayaran online. Siap! Jangan lupa masukkan voucher (sekiranya ada) sebelum buat pembayaran. Mana tau ada diskaun lebih!

Kami terima pembayaran melalui online banking (FPX) dan juga kad debit/kredit VISA atau Mastercard. Untuk pembayaran menggunakan kad, minimum order adalah RM 50 dan keatas sahaja.

Maaf bos, buat masa sekarang kami tidak sediakan COD untuk pembelian di website. Semua order perlu dibayar sepenuhnya sebelum kami proses dan ship out order anda. 

Untuk order sebelum 1:00 PM, kami akan proses dan ship pada hari yang sama (ready stok). Manakala untuk order selepas 1:00 PM, kami akan proses dan ship seawal hari yang sama atau hari bekerja berikutnya. Untuk produk “Pre-Order“, kami akan proses order anda dalam masa 7-14 hari daripada tarikh order anda. Sekiranya siap awal, kami akan ship seawal yang mungkin.

Biasanya ambil masa dalam 1-2 hari bekerja sahaja, bergantung pada lokasi. Untuk luar bandar dan Sabah/Sarawak berkemungkinan dalam masa 4-5 hari bekerja.

Ya bos! Kami akan hantar tracking number ke email atau WhatsApp selepas penghantaran dibuat.

Kami menggunakan courier NinjaVan dan J&T Express. Anda boleh pilih courier pilihan anda sewaktu checkout. 

Yes ada! FREE SHIPPING sekiranya minimum order korang RM50 (Semenanjung) atau RM80 (Sabah Sarawak). 

Korang order je macam biasa, cuma waktu check-out nanti pilih shipping method “Self-Pickup”. Ia hanya available sekiranya alamat dan poskod korang match dengan sistem kami yang mana area dan sekitar poskod 53200 sahaja. Sila maklum, “Self-Pickup” bermakna korang hanya tinggal pickup order sahaja nanti, pembayaran harus dibuat terlebih dahulu sebelum kami proses order anda.

Lokasi Self-Pickup boleh rujuk pada Contact Us atau >> KLIK SINI <<.

Ada! Kita juga buat shipment ke luar negara sekiranya ada permintaan dan order. Cuma jika korang facing any issue dekat website, boleh roger terus untuk kita bantu. >> KLIK SINI <<

 PRODUK INFO

Untuk kategori, semua adalah ready-stock. Hanya merchandise collection ada yang dalam kategori “Pre-Order”. 

Kebanyakannya sesuai untuk sungai dan juga kolam. Boleh rujuk pada produk description untuk lebih lanjut.

Untuk size mata kail, yang besar bermula dari size 1 dan bawa ke size kecik iaitu size 3. Kesuaian mata kail bergantung pada target memancing anda. Boleh rujuk pada produk description untuk lebih lanjut.

Tiada expiry date. Asalkan selepas guna tutup botol dengan kemas untuk elakkan leaking. Makin lama disimpan, baunya makin “Aummm..”!

Minyak Penarik sangat sesuai untuk memancing udang galah dan boleh juga digunakan untuk buat memancing ikan air tawar; boleh dibancuh bersama umpan serbuk atau pallet. Manakala Minyak Badang berbau udang, sesuai untuk apa jua game memancing, boleh juga digunakan untuk memancing laut bottom. Jika anda menggunakan Minyak Badang untuk memancing udang galah, sesuai dibancuh bersama umpan seperti cacing tanah atau umpun-umpun/ruat. 

Jika anda menggunakan udang beras frozen, pastikan chil udang terlebih dahulu atau asingkan sedikit udang di dalam bekas lain. Jika gaul bersama udang beku, minyak tidak akan meresap. Titiskan minyak cukup sekadar rata dekat umpan. Tidak perlu tuang terlalu banyak. Biarkan selama 5-10 minit sebelum anda memancing. 

Miinyak ini sebagai salah satu cara kita ikhtiar untuk tarik perhatian udang galah atau ikan untuk telan umpan kita. Tiada jaminan bulan bintang yang dapat kami janjikan, tapi korang boleh tengok review customer yang dah pernah cuba pakai minyak ZARCO. Hampir kesemuanya menjadi dan hasil lebih dari biasa. 

Keberkesanan penggunaan juga bergantung pada faktor cuaca, pasang surut air dan suhu air sekiranya memancing dikawasan sungai atau laut.

Boleh, takde masalah pun. Ada customer kami yang gunakan Minyak Badang buat mancing bottom dekat kolam air masin dan berhasil. Cuma korang perlu tahu target ikan apa yang makan dan suka dengan bau minyak ni. 

Untuk fabrik kain baju, kami menggunakan 100% cotton. Ketebalan fabrik bergantung pada model dan design baju, bermula dari 170gsm hingga 220gsm. Boleh rujuk pada produk description untuk lebih lanjut. 

Untuk premium collection (oversize tshirt), size baju besar 1 size dari normal size yang anda pakai. Contohnya anda pakai baju biasa size L, untuk oversize anda boleh pilih size M untuk nampak sama, dan boleh pilih size L untuk nampak baggy atau loose. Manakala untuk tshirt selain premium tshirt, size adalah normal regular tshirt.

Kami tiada harga wholesale untuk normal purchase. Tapi kami ada random voucher yang kami blast melalui whatsapp setiap bulan. Sekiranya anda planning untuk menjadi reseller, kami ada sediakan package untuk anda menjadi dealer ZARCO. Scroll sampai bawah, cari “Nak jadi DEALER?” untuk ketahui lebih lanjut. 

Korang beli RM30 pun kami bagi freegift tau! Namun, freegift tertakluk pada availability stock dan akan diberikan secara random. 

WARRANTY & SUPPORT

Untuk produk seperti “fishing kit” (mata kail, minyak, etc), kami akan hantar yang baru sekiranya terdapat kebocoran pada parcel anda yang menyebabkan barang rosak atau hilang, atau order yang anda terima kurang. Tiada refund selepas pembayaran dibuat.

Namun untuk merchandise collection seperti baju, ada polisi pemulangan wang dalam masa 14 hari sekiranya korang rasa kualiti tidak memuaskan, ada kerosakkan, kecacatan dan apa jua masalah berkaitan dengan cara anda memaklumkan kepada kami nombor order anda (yang anda terima dalam email) berserta gambar bukti produk mengalami kerosakkan dalam masa 14 hari dari tarikh anda terima barang melalui whatsapp. Namun, ianya terpakai untuk barang yang dalam kategori “Ready Stock” sahaja. Untuk “Pre-Order” tidak terpakai sama sekali. 

Korang boleh maklumkan pada kami melalui whatsapp dengan mengemukakan nombor order yang korang terima dalam email. Kami akan semak dengan pihak courier dan sekiranya parcel korang memang lost, kami akan gantikan dengan parcel yang baru tanpa sebarang caj. Kepuasan kami apabila korang puas hati dan selamat membeli dengan kami, itu yang kami utamakan! 

Maaf ya, tiada penukaran selepas order dibuat. 

Boleh terus contact kami melalui Whatsapp.  >> KLIK SINI << terus untuk bantuan dan kemukakan nombor order anda (jika perlu) untuk rujukan kami. 

FREE SHIPPING dengan min order RM50 (WM) / RM80 (EM) — Pembayaran menggunakan kad untuk minimum order RM50 keatas sahaja

0